Assalamualaikum...
Fuyoo.... aku bagi salam penuh walaupun dalam blog ni... hehehehe... bukan apa, aku tak nak nanti aku kena hentam dengan mamat2 @ minah2 yang tinggi ilmu agama sebab letak "akum" @ "salam" je, nanti kata salah pemahaman lak... erm...
Kali ni seperti yang aku janjikan masa aku komen kat blog En. Hamka, Kereta Mayat sebelum ni tentang kisah ustaz dalam entry beliau bertajuk "imam yang kelakar atau sedih?"mengenai pengalaman aku tentang "orang2 kuat surau @ masjid".. Mesti banyak benda2 pelik @ janggal yang pernah sape2 tengok, dengar @ terbaca di mana2 sebelum ni kan? begitu juga dengan aku, (walaupun jarang pergi surau) ;~)...
Kisah ni dah lama terjadi kt aku sebenarnya, tetapi aku masih ingat kisah ni. Kejadian ni berlaku kira2 14 tahun yang lepas. Masa tu aku ada temuduga nak masuk ke Maktab Tentera Diraja (MTD) bertempat di negeri Serambi Mekah (Kelate). Tujuan aku ungkitkan kisah ni bukan berniat nak memburukkan mana2 pihak, cuma nak ingatkan kita sesama umat islam tentang perkara2 yang kita jarang lihat @ dengar... Masa tu aku bersama beberapa kawan2 yang sama niatnya ingin mendirikan solat Zohor.. Kebetulan masa tu kitorang memang sampai awal di surau tersebut sebab nak solat berjamaah. Tetapi... jeng...jeng...jeng.. (kena baca dengan khusyuk baru dapat feel...huhuhuhuh) Selepas imam mengangkat takbir, makmum2 yang lain pun mengikut apa yang dilakukan imam.. Kira normal la kan, tapi masa rakaat pertama lagi dah berlaku sesuatu yang amat memeningkan kepala otak aku sampai la ke hari ini.. (Kalau ada sesiapa boleh tolong jelaskan, dipersilakan) Kebiasaannya rakaat pertama imam akan baca Surah Al-Fatihah diikuti dengan mana2 surah la kan baru angkat takbir kedua diikuti rukuk (seperti yang ustaz aku ajar), tetapi imam ni baca Surah Al-Fatihah buat kali kedua dan diikuti satu lagi surah (aku tak ingat surah apa).. Jadi imam tu dah baca 2 kali Surah Al-Fatihah dan 2 surah lain seolah2 mencampurkan dua rakaat dalam rakaat pertama. Bukan setakat tu saja, imam tu tidak rukuk sebaliknya terus sujud. Jadi solat Zohor yang sepatutnya 4 rakaat dah jadi 2 rakaat.. Yang lagi aku dan kawan2 aku pelik, semua orang2 kampung, yakni makmum2 yang mengikuti imam tersebut mengikut sahaja tingkah laku imam tersebut.. Aku dan kawan2 yang tidak terbiasa dengan perlakuan tersebut terpinga2 sambil memandang antara satu sama lain. Selepas itu kami sepakat akan solat berjemaah salam"sesi" yang kedua hanya dikalangan kami sahaja. Perkara ini aku rujuk kepada beberapa orang ustaz namun tiada jawapan yang sahih mengenai perkara ini. Jadi pesan aku kepada sesiapa yang pernah mengalami perkara2 pelik seperti ini, terutamanya jika melibatkan hal agama, jangan la terlalu cepat nak mengikut tanpa selidik terlebih dahulu sama ada perkara tersebut betul atau salah. Aku pun cetek ilmu pengetahuan dalam bab agama tetapi sampai perkara asas pun tak tahu, susah la kan. Jadi kalau korang rasa ilmu korang dalam apa jua bidang terutamanya dalam bab agama, jangan malas atau malu2 nak bertanya pada orang2 yang lebih arif. Tak salah bertanya, yang salah adalah tak bertanya walaupun tak tahu..Sekian saja entry aku kali ni, sorry kalau pendek sangat sebab masa aku terhad kerana bebanan kerja yang menimbun.. Lain kali aku akan cuba masukkan entry yang lebih panjang...Fuyoo... boleh ke? Aku cuba sebaik mungkin... InsyaAllah...
p/s : Kalau ada mana2 pihak terasa aku minta maaf. Aku cuma nak kongsikan pengalaman aku. Untuk warga Kelate, aku tak tujukan kepada semua rakyat Kelate, cuma hanya kepada golongan2 yang mengamalkan ilmu bertentangan dengan syarak..
p/s : Aku baru belajar nak blogging, kalau ada salah dan silap aku minta maaf dari monitor hingga ke CPU... hehehehehe...
No comments:
Post a Comment