Friday 14 October 2011

Terima Kasih En. Hamka a.k.a Kereta Mayat

Assalamualaikum..
Mesti korang pelik baca tajuk entry kali ni... sebenarnya entry ni aku masukkan sebab secara peribadi aku amat terharu En. Hamka yang glamour tu sudi beri nasihat kepada komen aku dalam blog beliau tempohari mengenai niat aku nak kongsi pengalaman aku tentang orang2 kuat surau yang aku dah critakan dalam entry aku sebelum ni. En. Hamka bgtau kalau nak post entry pasal orang2 kuat surau, lebih afdal aku selitkan sekali solution bagi masalah tersebut.
Okay, aku pun bukan seorang yang tinggi ilmu agama sampai boleh digelarkan ustaz. Apa yang aku postkan kat sini hanyalah tentang pengalaman aku, kawan2, keluarga, jiran2, atau kenalan2 aku tentang pelbagai isu. Dalam masa yang sama aku akan cuba berkongsi pandangan dan pendapat aku tentang cara untuk selesaikan isu tersebut. TETAPI haruslah diingat, korang tak semestinya perlu ikut apa yang aku cadangkan bulat2, apa yang aku bagitahu hanyalah sebagai salah satu idea yang mungkin boleh diikut dan mungkin juga tak sesuai untuk diikut. Berbalik kepada topik asal entry ni di post, aku ceritakan salah satu cara yang dilakukan oleh beberapa kenalan aku apabila menghadapi masalah yang lebih kurang agama. Sebelum itu, bagi yang belum baca entry aku sebelum ni, sila baca dahulu baru korang faham apa yang aku cuba sampaikan disini.Entry tersebut bertajuk "cerita ustaz..". Salah seorang kenalan aku pernah mengalami kejadian yang hampir sama iaitu berdepan dengan golongan yang terpesong akidahnya kerana belajar ilmu agama daripada "ustaz" yang aku pun tak tahu dari "pondok" mana dia tamat pengajian. (kira ajaran sesat la) Kenalan aku ni dah pergi buat aduan di pejabat agama 2 kali tetapi aduan beliau tak diendahkan kerana beliau tiada bukti kukuh membuat tuduhan @ aduan. Malah beliau pula didakwa membuat tuduhan palsu dan telah disiasat oleh anggota polis pula. Untuk pengetahuan korang, Pejabat Agama ada menghantar wakilnya untuk menyiasat (bertanya sebenarnya) kumpulan terbabit tentang aduan yang diorang terima tetapi dinafikan oleh ketua kumpulan tersebut. Diorang siap buat demonstrasi cara pembelajaran agama di situ dijalankan. Niat hendak membuat kebaikan tetapi diri sendiri pula ditimpa bencana. Tetapi sesungguhnya Allah itu Maha Adil & Maha Mengetahui.. Kenalan aku ni dapat satu idea untuk lepaskan diri daripada tuduhan tersebut. Beliau telah meminta pertolongan daripada seorang kawan. (kira kawan aku juga la) Kawan tersebut telah pergi menyamar di tempat kumpulan agama sesat terbabit selalu berkumpul. Beliau memberitahu ingin mempelajari selok belok agama kerana ingin bertaubat. Beliau diterima. Selama 2 minggu beliau "menuntut" di situ, beliau telah merakam segala ceramah2 agama yang telah disampaikan di situ menggunakan tape rekoder. Dia juga curi2 mengambil gambar tempat dan individu yang terbabit menguruskan tempat itu sebagai bahan bukti. Akhirnya dengan bukti yang diperolehi kumpulan itu akhirnya tumpas setelah diserbu Penguat kuasa Pejabat Agama....
    So menyentuh pasal orang2 kuat surau, ni saranan aku untuk korang:-
         a) Mula2 bertanya pada orang yang tahu selok belok agama tentang kejadian yang berlaku
             (dah semestinya bukan dari kumpulan terbabit)
         b) Sekiranya pasti berlaku sesuatu amalan yang tak sepatutnya korang dapatkan bukti
             sebagai "senjata" untuk pertahankan diri bila diperlukan.
         c) Tetapi jika anda "berkemampuan" dari pengetahuan ilmu agama, korang tegur si pelaku dengan
             dalil @ apa jua alasan yang boleh membuatkan diorang berfiki.      
         d) Sekiranya diorang masih berdegil, buatlah aduan kepada pihak berkuasa.
         e) Jangan korang buat tak endah jika tahu ada berlaku perkara2 yang salah. Tunaikan tanggungjawab
             korang sama macam tanggungjawab anda sebagai pengundi (promote skit).

Aku rasa elok aku selitkan sekali dengan beberapa peristiwa lain yang berlaku kebelakangan ni. Seperti yang umum tahu, banyak gejala2 yang tidak sihat tak kira la agama Islam, Kristian, Hindu, atau apa saja agama, berlaku dengan berleluasa. Ajaran sesat la, cubaan memurtadkan la, merobohkan rumah ibadat, kuil, masjid dan sebagainya. Kadang2 isu ni berlanjutan sehingga berbulan2, malah ada sampai bertahun2. Nasihat aku la, tak kira la apa agama yang korang anuti tapi aku rasa asas lebih kurang sama kan? Dilarang mencuri, membunuh, menghormati sesama manusia, kekalkan keamanan, bla..bla..bla... Tapi kalau hendak membuat dakwaan @ aduan terutamanya terhadap penganut agama lain, seelok2nya korang sediakanlah bukti sekali. Sebagai pelindung diri sebab kadang2 bila orang politik masuk campur (walaupun sama agama), silap2 korang yang kena balik. Yang penting niat korang untuk menegakkan kebenaran, agama, dan maruah kuat di sanubari. InsyaAllah korang akan menang dalam perjuangan korang. Sebab kadang2 bila politik, kedudukan & duit dah menguasai diri, yang tak betul pun boleh jadi betul. Bagi aku, kalau korang menghayati serta mengikut ajaran agama yang korang anuti sebetulnya, tiadalah peperangan di Palestin, Iraq, Afganistan, dll.. wassalam...

p/s : Kepada ustaz2, ustazah2, orang2 kuat surau, jalankanlah amanah yang diberikan kepada kalian dengan tekun dan ikhlas. Jangan hanya bersandar kepada duniawi semata2. Bak kata pepatah, Kalau dah ibu ketam jalan senget, masakan boleh mengajar anaknya berjalan lurus!

p/s : En. Hamka, aku suka dengan entry ko tentang cara mengajar anak2. Banyak sebenarnya aku belajar dari tulisan2 dalam blog Kereta Mayat. Jadi pedoman dan tauladan untuk aku.

p/s : Aku upload pic dibawah untuk renungan kita bersama. Kenapa orang Islam tak bersatu membantu saudara seagama? Kenapa Kristian, Hindu, dan penganut agama lain tak membantu sesama manusia?
Bukan ke asas dalam semua agama menghalang penganutnya bertindak kejam sesama manusia?


Cerita Ustaz...

Assalamualaikum...
Fuyoo.... aku bagi salam penuh walaupun dalam blog ni... hehehehe... bukan apa, aku tak nak nanti aku kena hentam dengan mamat2 @ minah2 yang tinggi ilmu agama sebab letak "akum" @ "salam" je, nanti kata salah pemahaman lak... erm...
Kali ni  seperti yang aku janjikan masa aku komen kat blog En. Hamka, Kereta Mayat sebelum ni tentang kisah ustaz dalam entry beliau bertajuk "imam yang kelakar atau sedih?"mengenai pengalaman aku tentang "orang2 kuat surau @ masjid".. Mesti banyak benda2 pelik @ janggal yang pernah sape2 tengok, dengar @ terbaca di mana2 sebelum ni kan? begitu juga dengan aku, (walaupun jarang pergi surau) ;~)...
Kisah ni dah lama terjadi kt aku sebenarnya, tetapi aku masih ingat kisah ni. Kejadian ni berlaku kira2 14 tahun yang lepas. Masa tu aku ada temuduga nak masuk ke Maktab Tentera Diraja (MTD) bertempat di negeri Serambi Mekah (Kelate). Tujuan aku ungkitkan kisah ni bukan berniat nak memburukkan mana2 pihak, cuma nak ingatkan kita sesama umat islam tentang perkara2 yang kita jarang lihat @ dengar... Masa tu aku bersama beberapa kawan2 yang sama niatnya ingin mendirikan solat Zohor.. Kebetulan masa tu kitorang memang sampai awal di surau tersebut sebab nak solat berjamaah. Tetapi... jeng...jeng...jeng.. (kena baca dengan khusyuk baru dapat feel...huhuhuhuh) Selepas imam mengangkat takbir, makmum2 yang lain pun mengikut apa yang dilakukan imam.. Kira normal la kan, tapi masa rakaat pertama lagi dah berlaku sesuatu yang amat memeningkan kepala otak aku sampai la ke hari ini.. (Kalau ada sesiapa boleh tolong jelaskan, dipersilakan) Kebiasaannya rakaat pertama imam akan baca Surah Al-Fatihah diikuti dengan mana2 surah la kan baru angkat takbir kedua diikuti rukuk (seperti yang ustaz aku ajar), tetapi imam ni baca Surah Al-Fatihah buat kali kedua dan diikuti satu lagi surah (aku tak ingat surah apa).. Jadi imam tu dah baca 2 kali Surah Al-Fatihah dan 2 surah lain seolah2 mencampurkan dua rakaat dalam rakaat pertama. Bukan setakat tu saja, imam tu tidak rukuk sebaliknya terus sujud. Jadi solat Zohor yang sepatutnya 4 rakaat dah jadi 2 rakaat.. Yang lagi aku dan kawan2 aku pelik, semua orang2 kampung, yakni makmum2 yang mengikuti imam tersebut mengikut sahaja tingkah laku imam tersebut.. Aku dan kawan2 yang tidak terbiasa dengan perlakuan tersebut terpinga2 sambil memandang antara satu sama lain. Selepas itu kami sepakat akan solat berjemaah salam"sesi" yang kedua hanya dikalangan kami sahaja. Perkara ini aku rujuk kepada beberapa orang ustaz namun tiada jawapan yang sahih mengenai perkara ini. Jadi pesan aku kepada sesiapa yang pernah mengalami perkara2 pelik seperti ini, terutamanya jika melibatkan hal agama, jangan la terlalu cepat nak mengikut tanpa selidik terlebih dahulu sama ada perkara tersebut betul atau salah. Aku pun cetek ilmu pengetahuan dalam bab agama tetapi sampai perkara asas pun tak tahu, susah la kan. Jadi kalau korang rasa ilmu korang dalam apa jua bidang terutamanya dalam bab agama, jangan malas atau malu2 nak bertanya pada orang2 yang lebih arif. Tak salah bertanya, yang salah adalah tak bertanya walaupun tak tahu..Sekian saja entry aku kali ni, sorry kalau pendek sangat sebab masa aku terhad kerana bebanan kerja yang menimbun.. Lain kali aku akan cuba masukkan entry yang lebih panjang...Fuyoo... boleh ke? Aku cuba sebaik mungkin... InsyaAllah...
p/s : Kalau ada mana2 pihak terasa aku minta maaf. Aku cuma nak kongsikan pengalaman aku. Untuk warga Kelate, aku tak tujukan kepada semua rakyat Kelate, cuma hanya kepada golongan2 yang mengamalkan ilmu bertentangan dengan syarak..
p/s : Aku baru belajar nak blogging, kalau ada salah dan silap aku minta maaf dari monitor hingga ke CPU... hehehehehe...

Thursday 13 October 2011

Salam Perkenalan...

Salam perkenalan, salam 1 Malaysia... ni 1st aku catatkan sesuatu dalam blog ni.Sorry kalau aku nampak macam janggal sikit.. Tujuan aku wujudkan blog ni hanya semata2 untuk suka2.. kalau ada yang x puas hati @ terasa hati aku minta maaf. Aku xde niat nak sakitkan ati sape2.. aku cuma nak belajar sesuatu yang baru..
 Topik pertama aku nak sentuh kali ni adalah mengenai budget 2012 yg dah diumumkan sebelum ni. Tapi aku xnak ulas panjang lebar ttg suma yg dibentangkan aritu. Aku cuma nak sentuh tentang kenaikan gaji kakitangan awam krn bini aku tergolong dalam kumpulan tersebut... Aku rasa agak lega krn akhirnya bini aku mampu tersenyum setelah mendengar pembentangan budget setelah agak kecewa sblm ni krn hanya dpt bonus raya RM500 je.. hikhikhik... Jgn salah paham, bukan x bersyukur, cuma kalo boleh nak lebih lg kan...huhuhuhu skang dia dh dpt apa yg nak sgt sblm ni... CUMA satu pesanan aku kpd KAKITANGAN AWAM seluruh pelusuk tanah air  yg mendapat manfaat dlm budget t'sebut, x kiralah dr pangkat bawah hingga ke atas, SILA BERKHIDMAT DENGAN LEBIH BAIK utk rakyat Malaysia selepas ini.. dah terlalu banyak komen2 negatif aku dgr mengenai kakitangan awam sblm ni.. aku harap lepas ni korang dpt ubah persepsi org ramai kpd jabatan kerajaan. aku sendiri kadang2 bengang dgn beberapa jabatan kerajaan yg x berikan perkhidmatan seperti yg sepatutnya. Korang kena buktikan kenaikan gaji yg korang perolehi berbaloi dgn khidmat yg korang sumbangkan. Jgn lepas ni ada pihak yg berbunyi mengatakan bahawa MEMBAZIR je duit rakyat sbb naikkan gaji korang... Mungkin di dunia korang terlepas, tetapi igtlah di akhirat korang kena jawab.. So, sekian saja utk kali ni. kita jumpa lg lain kali. Akhir kata dr aku, bertaubatlah sebelum korang dimandikan jenazah, dimasukkan ke dlm Keranda Jenazah, & dibawa pergi ke kubur dgn Kereta Mayat En. Hamka... ahaks...